Saturday 21 July 2012

JAGA IKTILAT !!!!!!


 JAGA IKHTILAT KITA!!!!!.....

Assalamualaikum .....setinggi-tinggi syukur aq pnjatkan kepada ALLAH kerana masih lagi bg aq peluang untuk update blog nie....walaupun sebenarnya  malas nak update gak kebelakangan nie almaklumlah mood nak cuti katernyer ( ~ _ ~) ... puihhhh ,,,hahahaha....arinie aq nak citer cikit pasal ikhtilat...
Sebenarnya apa 2 iktilat....lagi td dok ckap iktilat, ikhtilat....sejenis MAKANAN ker????.... hahahah...bukan sama sekali...tapi ia adalah sejenis MINUMAN sebenarnya...HEHEHE.....
X der laaa, aq merapu jer td....ikhtilat sebenarnya adalah BATASAN dalam perhubungan atau batasan pergaulan dengan antara orang yang bukan mahram.....sebnarnya dalam agama kita, <ISLAM> telah menetapkan tatacara perhubungan antara setiap yang bukan mahramnya....sebab 2 la couple2 tu HARAMM......nak ulang cikit...COUPLE itu HARAMMM ....
Ni x, dok ckap dio ‘couple islamik2’ itu bolehhh...aper la...asalkan x pegang2  tu x per....saper ngajor aq pon x tau....ajaran sesat AYAH PIN pon x ajor....hehehe(sory ayah pin, jangan terasa)....iblis ni memang licik, dia memperdayakan kita dengan percaya bahawa sesautu yg salah sebenarnya dinggap betul dan wajar.

“Ia (iblis) berkata, Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi , dan aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu yang terpilih di antara mereka”-(al Hijr:39-40)

kita kener ingat dalam dalam pandngan pon kita boleh berzina....dalam hati pon kita boleh berzina....dalam perbuatan pon samer....yang perbuatan nie memang dah kes berat nanang kater org klate....hahaha...nie kalau aq jumper memang bg bagi penampar sulung 25 kali ratus.....bior berbuih mulut die.... Allah dah cakap jngan dekati zina dalam quran,,,,, ’dekati ‘itu merujuk kepada perbuatan yang dapat mendekatkan atau menjerumuskan kepada zina, x kiralah zina kecik ker, besar ker, janji zina...jadik ikhtilat menolong diri kita dalam berhubung dalam islam.

“dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk”,(al Israq:32)

ALLAH dah jadikan islam itu suatu agama yang syumul....sbb 2 , penetapan telah dilakukan untuk mengawal tindak-tanduk manusia.....namun adakah kita langsung x boleh jumper @ langsung x boleh bercakap dengan golongan yang bukan mahram nie....kalau macm 2 bro, lu duduk gua la baguihhh....hahaha
Sebenarnya kita boleh jer  berurusan atau berhubung dengan orng yang bukan mahram..dibenarkan dalam syarak  bergantung dengan beberapa perkara:

·         Niat atau tujuan ikhtilat itu dilakukan
“sesungguhnya setiap amal perbuatan itu tergantung kepada niatnya, dan sesungguhnya setiap orng (akan dibalas) berdasarkan apa yang diniatkan.”
(hadits arba’in an-Nawawi)

Kita kene meneliti akan tujuan kita berurusan...disebabkan apa, mengapa dan sebagainya. Sebagai contoh dalam urusan muamalat(perniagaan)...lelaki dan perempuan boleh berhubung tapi adalah dasar perniagaan tp jangnlah berduaan dan tidak menjaga pandngan... kang makan kasut saiz 8 aq nnti nak jeling-jeling lak...hahaha...Selain 2 dalam darurat , belajar, pengurusan dan sebagainya yang difikirkan selari dengan ketetapan dalam Islam.

·         Bagaimana ia dilakukan?
Adakah dilakukan dalam tempat tertutup, berdua2 an , melembutkan suara dan sebagainya...tidak sama sekali...tempat tersebut mestilah sesuai dengan keadaan seperti di kawasan terbuka dan urusan sebaiknya dilakukan dngan bilngan yang lebih daripada dua orang, jaga pandangan dan aurat dan sebagainya....ini adalah bagi mengelakkan timbulnya fitnah...almaklumlah, skunk nie kan ramai orang lupa nak ambil lesen n insurans mulut, main cakap jer, main hembus jer....sumbat ngan selipar kang baru tau...hahaha jadinya gunalah pemikiran yang waras dengan mempertimbangkan apakah yang boleh dan tidak boleh dilkukan berlandaskan hukum Allah....





Akhir kata daripada aq, baikilah diri sendiri dahulu sebelum mula untuk mengubah diri orang yang lain...jangan pula sibuk nak memperbetulkan orang lain tetapi kesalahan yang dibuat sepatah haram pon x nmpak...so smpai ni je entry hari nie....semoga dapat menjadi iktibar untuk diri ini khususnya dan orang lain....


No comments:

Post a Comment