Tuesday 4 September 2012

Layakkah Aku?


Aku terkesima....

“Hidayah???layakkah aku untuk mendapatkannya...adakah  sekadar mengharap bulan yang tidak mungkin jatuh ke riba....hurmm....”,aku mengeluh panjang.....


Minggu lepas aku sempat untuk berbual dengan sahabatku....Amir namanya....
Aku lihat akan ketekunannya dalam datang ke surau setiap waktu solat sehingga terdetik di hati ini untuk mengetahui mengapa dia boleh istiqomah untuk datang untuk berjemaah...mungkin kurang menghairankan jika melihat perkara ini di tempat lain tapi di kawasan tempat aku, mungkin agak menghairankan....jarang ada pemuda yang ingin beristiqomah dalam berjemaah dalam solat secara bejemaah....







“Amir...”, aku menyapa.
“Sihat??cepat datang hari ini...”
“Alhamdulillah sihat. Yer la kenelah datang cepat, nak sapu lantai sikit ni...kotor...kalau kotor nanti tak selesa pulak nak solat..”jawab din sambil tersenyum.
“Urmm...”, jawab aku pendek.

“Hampir  masuk waktu Asar ni. Tak azan ker??? “, ujarku sambil menolak sedikit badannya yang sedikit gempal kehadapan.
“Kau tak nak azan ker Topek??Nak juga aku dengar suara emas orang Sabah ni”, pelawa Amir dengan nada mengusik.
“Isshh, orang tanya dia alih-alih dia pula yang tanya kat orang”,jawabku muncung.
“Haha.. Tak da lah, mana  la tau kau nak azan ker”, jawabnya .
“Tak pa la. Suara aku macam Faizal Tahir, terkejut lak nanti orang kampung, penuh surau ni orang nak tengok aku nanti, hahaha...”,jawabku sambil melawak.
“Yer ler tu”.


Lalu dia laungkan azan Asar dan kemudian datang lah beberapa orang lagi untuk turut serta di surau. Di surau ini biasanya hanya beberapa orang sahaja yang datang. Agak suram tanpa diimarahkan para jemaah. Setelah solat selesai, aku duduk ditangga surau melihat kicauan burung murai batu yang agak membingitkan telinga.


“Tak keluar ke bandar ke hari nie”, tegur Amir dari belakang.
“Tak la Amir, nak hujan ni. Malas la lagipun member  tak ada. Bosan la sorang-sorang keluar”, jawabku smbil mengukir senyuman kecil.
“Owh yer ker”, jawabnya sempoi sambil merebahkan diri duduk di anak tangga surau.

Aku melihat dirinya merupakan seorang yang senantiasa membasahkan bibirnya dengan  berzikir dan beristighfar lalu terdetik hatiku untuk mengorek rahsia bagaimana dia boleh berubah kerana dahulunya dia bukanlah seorang yang seperti dirinya sekarang.

“Amir, aku nak  tanya sikit boleh tak?”
“Urmm, tanyalah. Aku on jer”, jawabnya seraya tersenyum sedikit.
“Kau ni amir, aku tengok rajin semacam jer datang surau hari-hari. Setiap kali aku datang mesti nampak kau. Macam mana yer nak jadi rajin macam kau. Jeleous  gak aku tengok kau ni la. Bagi la tips sikit, sebab aku pun nak jadi rajin macam kau”, ujarku sambil mengharapkan sesuatu.
“Aku mana la ada tips, kau ni mengarut jer la”, katanya.
“ Ala Amir, bagitau  la aku. Jangan kedekut”, pintaku bersungguh-sungguh.

Angin petang menyapu ke muka sepoi-sepoi bahasa. Menyamankan suasana bersama kicauan burung dan unggas. kelihatan Amir menghela nafas yang panjang seakan-akan teragak-agak meneruskan perbicaraan.


“Ermm... Sebenarnya aku tak la ada tips tapi pengalaman ada la. Dulu aku nie teruk, jahat dan macam-macam la aku buat. Dosa besar semua aku buat. Tapi Alhamdulillah, Allah ni Maha Besar bagi aku hidayah sebab aku ni dah terlalu jauh dari Islam agaknya. Dulu sebelum aku nak dapat petunjuk nie aku dapat sakit. Sakit sangat-sangat. Sampai masuk hospital. Walaupun badan lemah masa sakit perangai aku sama jer , masih suka marah-marah ngan macam-macam lagi. Tapi masa kat hospital tu macam-perkara pelik berlaku kat aku. Sampai ada dengar suara pelik-pelik la dan macam-macam lagi. Masa aku sakit tu tetiba jer aku jadi penakut sangat-sangat. Asyik pikir pasal aku nak mati dan macam rasa putus asa. Hari-hari aku macam tu. Masa tu aku sakit sangat sampai nak makan, kunyah nasi pun rasa sakit sangat. Tapi entah la, mungkin Allah berkehendakkan untuk mengirimkan seseorang kat aku. Masa dia datang tu aku rasa tenteram sangat. Rasa bahagia jer, damai. Tapi kalau dia pergi jer mula la aku rasa macam marah-marah la, rasa macam dah jadi sasau. Memang lain la rasanyer”.


Dia tu sapa Amir”, tanya aku penuh hairan.
“Entah la Topek. Aku pon tak tau sebab aku tak nampak pun muka dia, tapi yang aku nampak dia memakai jubah berserban hijau bersinar sambil memegang tasbih. Cantik sangat. Tak dapat aku gambarkan”, ujarnya bersungguh-sungguh.
“Sampai-sampai tanpa aku sedari jari aku pon ikut bergerak seperti bertasbih walaupun aku bukannyer berzikir pon, tapi ye la masa aku sakit teruk jer dia datang. Lepas dia datang jer mesti aku rasa tenang sangat walaupun sakit kat badan aku ni sangat-sangat .....”, tambahnya dan terkedu selapas itu.
“hantu kot, hahaha...”, usikku sambil menceriakan suasana.
“ishhh, kau ni”.
“Entah la topek, aku pun tak tau tapi yang pasti memang indah dia tu. Urmmm..”
“ Lepas tu aku keluar dari hospital dan terlantar kat rumah dalam beberapa bulan. Memang lemah sangat badan ni sampai nak berfikir pun macam dah tak betul. Entah la. Sampai satu masa, Mak Uda aku bawa air Yasin yang diambil dari Hj Ahmad. Kau tau la haji tu kan pandai sebab tu Mak Uda aku minta air Yasin kat dia. Masa Mak Uda aku sapukan air tu kat muka aku, aku dapat rasa yang kat muka aku ni macam keluar asap dan benda-kotor kat aku semua lari. Agaknya masa tu Allah nak tunjukkan sesuatu kat aku sesuatu agaknya. Masa tu tiba-tiba jer aku dapat lihat bulan atas langit. Subhanallah.. Cantik sangat-sangat. Bulan itu seperti bulan sabit dan dilingkari tasbih hijau bercahaya, di situ aku boleh nampak kalimah Allah Dan Muhammad yang bewarna keemasan indah bercahaya. Di atasnya pula aku nampak Quran. Semuanya bercahaya. Cantik sangat-sangat. Sungguh aku cakap, indah”, ujar din sambil menitis air mata ke pipinya.

Aku terdiam dan tergamam kesyukuran atas apa yang berlaku pada Din. Terdetik di hati ini, sungguh dia antara orang yang bertuah.

“Lepas tu Alhamdulillah aku dapat hidayahNya, aku beransur sihat dan aku syukur sangat-sangat dapat lihat semua tu. Daripada itu aku berubah sedikit demi sedikit, solatnya Alhamdulillah penuh sekarang”, tambahnya lagi.
“Mesti kau pun pernah nampak kan Topek??”.


Aku terdiam kaku seperti ditusuk soalan itu dan hampir menitiskan air mata mempersoalkan kenapa diri ini tidak mengalami perkara sedemikian. Adakah disebabkan diri ini masih bergelumang dalam kemaksiatan, atau pun segala yang dilakukan tidak mendapat rahmat daripada ilahi disebabkan hati ini belum cukup keikhlasannya untuk menjadi hambaMu ya Allah. Allahu Akbar...Allahu Akhbar..

Alangkah bertuahnya dia mendapat petunjuk daripadaNya namun Alhamdulillah akhirnya aku faham. Aku faham bahawa Allah lah yang berkuasa atas segala sesuatu. Dialah yang menguasai segalanya sehingga mana andai dikehendaki bahawa bahawa seseorang itu mendapat hidayahNya pasti tidak ada penghalang bagiNya untuk dilaksanakan. Ya, akhirnya aku faham ya Allah.... Aku faham....  Ya Allah aku pohon padaMu agar berilah hidayah kepadaku agar  tidak aku tergolong dalam hambaMu yang rugi....aku pinta padaMu Ya Allah....aku pinta padaMu..Amin..



Diadaptasi dari kisah benar
Sahabatku, Udin

4 comments:

  1. kadang2 kita selalu doa kan supaya ALLAH turut bagi kita hidayah macam orang lain, namun kadang2 sebenarnya kita x sedar yang ALLAH pun bagi kita hidayah.. alhamdulillah.. aku pun nak sangat2 merasa hidayah seperti mana kawan ko ni topek, tapi kena lah selalu berdoa dan berusaha mendapatkan nya kan.. ^^ insyaALLAH aku pasti suatu hari nanti ALLAH pasti akan memberi hidayah dekat kita semua ni agar menjadi hamba-NYA yang soleh dan solehah.. aminn.. T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. betui2...kalau dengar secara live, meleleh air mata....huhuhu...nasib baek aq dapat tahan...hahahaha

      Delete
  2. Salam...Subahanallah..terkesan post anta,kisah benar. Semoga terus istiqomah akhi menulis artikel tarbiyah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam...hahaha....alhamdulillah dapat jumpa kawan yang begitu

      Delete